Sunday, June 5, 2011

WANITA DALAM NERAKA

Di sini saya ingin mengutarakan satu peristiwa yang telah disaksikan oleh Rasulullah s.a.w semasa dalam perjalanan Isra’ Mikraj yang ada kaitannya dengan penghuraian tabarruj.

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali karama allahu wajhah:
“saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w kami dapati baginda sedang menangis lalu kami bertanya kepadanya:

Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”

Rasulullah menjawab:
“Aku lihat ada perempuan rambutnya tergantung, otaknya menggelegak.

Aku lihat perempuan yang digantung lidahnya, tangannya terikat kebelakang dan Qathran (air yang menggelegak) dicurahkan ke dalam halkumnya.

Aku lihat perempuan tergantung, kedua kakinya diikat, tangannya terikat di umbun-umbunnya dan disuakan ular dan kala.

Aku melihat perempuan yang makan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api. 

Aku melihat perempuan yang memotong tubuhnya dengan gunting daripada api neraka. 

Aku melihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

 Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisi ke dalam sebuah peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar dari hidungnya, adannya berbau busuk, kerana berpenyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti khinzir, badannya seperti badan keldai, beribu-ribu kesengsaraan yang dirasainya. 

Aku lihat perempuan, rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk kedalam kemaluannya, atau kemulutnya dan keluar di duburnya. Malaikat memukul kepalanya dengan corong daripada api neraka.”

Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahnya:
“Ayahanda yang dikasihi, ceritakanlah kepada anakanda; apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?

“ Fatimah, adapun perempuan yang tergantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada lelaki yang bukan muhrimnya.
Perempuan yang lidahnya tergantung itu  ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki hamun dan menyakiti hati suaminya.

Perempuan yang kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa mendapat keizinan daripada suaminya dan tidak mahu mandi suci daripada haid dan nifas.

Perempuan yang makan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelakiyang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang.

Perempuan yang memotong tubuhnya dengan gunting daripada api neraka, ia memperkenalkan dirinya kepada kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikkannya itu dilihat oleh lelaki lain.

Perempuan yang diikat kedua kakinya, tangannya diikat kea rah umbun-umbun dan disuakan dengan ular dank ala, ianya boleh sembahyang dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengambil air sembahyang dan tidak mahu mandi janabah (junub).

 Perempuan yang kepalanya seperti khinzir, badannya seperti badan keldai ialah perempuan ahli pengumpat dan pendusta.

Perempuan, rupanya seperti anjing itu adalah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya”.


No comments:

Post a Comment