Sunday, June 5, 2011

Tabarruj Jahiliyyah

Oleh: Prof Dr. Abdul Karim Zaidan

    Tabarruj jahiliyyah beerti wanita membuka niqabnya hingga mendedahkan muka, kecantikkan dan perhiasannya.

    Tabarruj hari ini tidak sesuai diistilahkan dengan tabarruj jahiliyyah kerana wanita sekarang bukan setakat membuka tutupan muka dan memperagakan kecantikkannya tetapi lebih dari itu.

    Tabarruj hari ini dengan mendedahkan separuh tubuh, malah lebih dari itu. Istilah yang lebih sesuai ialah istilah yang pernah digunakan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud ‘separuh telanjang’ (al-kaasiaat al-aariyaat). Tabarruj yang diharamkan ialah :

Ø  Tabarruj di luar rumah dengan berhias bukan untuk suami
Ø  Mendedahkan muka dengan tujuan merangsang keinginan dan syahwat lelaki
Ø  Bersoleh dan berhias lebih-lebihan
Ø  Menggunakan alat-alat solek/mekap
Ø  Mempercantikkan bibir, alis, dan pipi (mempercantikkan raut muka). Dan lain-lain.

Termasuk dalam istilah tabarruj ialah fesyen-fesyen pakaian. Ini kerana pada dasarnya pakaian wanita sama dengan pakaian lelaki iaitu menutup aurat.
Ciri pakaian syar’ie wanita ialah:

Ø  Pakaian mestilah meliputi seluruh tubuh wanita
Ø  Pakaian itu mestilah longgar
Ø  Tidak nipis
Ø  Bukan pakaian yang mempunyai nilai bermegah-megah
Ø  Tidak menyamai pakaian lelaki
Ø  Pakaian yang tidak memenuhi cirri-ciri ini dikira sebagai pakaian yang tabarruj
Ø  Berpakaian kemas, smart dan ceria bukan dikira tabarruj
Ø  Termasuk dalam istilah tabarruj memakai barang perhiasan diri.



Perhiasan ialah semua yang dijadikan sebagai perhiasan oleh wanita samada pakaian ataupun sesuatu yang dijadikan perhiasan diri. Antara perhiasan yang dibenarkan ialah membersihkan diri dari segala aspek, termasuk membersih sesuatu yang fitrah. Jenis perhiasan antaranya:

·         Barang perhiasan yang terdiri dari emas, perak dan permata.
·         Pakaian luar dan dalam

Hukum berhias harus, malah adakalanya sunat kecali perhiasan yang telah dinaskan haram. Ianya sunat kepada isteri yang suaminya bersamanya, bukan isteri yang suaminya yang tiada di sampingnya. Semua jenis perhiasan ini harus selagi ia tidak termasuk dalam istilah tabarruj. Termasuk dalam istilah tabarruj ialah bersolek dengan berubah sifat semulajadi.

·         Mencabut atau dengan apa jua sekalipun untuk menghilangkan bulu muka.
·         Mencabut dan membentuk alis.
·         Memerahkan muka. Bleh bagi yang berkahwin (hanya untuk SUAMI).
·         Lain-lain seperti rambut palsu, wangian berlebihan, celak berlebihan
Secara umum, berhias untuk suami dibolehkan dan tidak dikira sebagai tabarruj. Berhias keluar rumah bukan untuk suami adalah tabarruj.

No comments:

Post a Comment