Kenangan Silam

Ingat lagi sewaktu sekolah rendah dulu,,aku masuk ke darjah satu dengan semangat nak belajar,,ibuku mengayuh basikal dan memboncengku,,seawal 7 pagi perjalananku ke sekolah bermula,,melewati kebun kelapa sawit yang dipenuhi dengan daun-daun sawit yang lebat,,sungguh beruntung rasanya,,ibu memboncengku,,adik-adikku kini pergi ke sekolah mengayuh basikal sendiri,,Ya Tuhan,, aku bersyukur dengan nikmat ni...

Saban tahun aku menjadi seorang gadis belasan tahun,,perjuangan peperiksaanku bermula dengan ujian penilaian sekolah rendah(upsr),, setiap hari aku berdoa untuk mendapat keputusan yang cemerlang,,Tapi,,mungkin rezeki tidak meyebelahiku,,mungkin juga usaha aku belum cukup untuk mendapat keputusan yang terbaik,,Sekadar 3A 2B,,, Namun aku masih tidak lupa nikmat Tuhan,, Orang-orang kampung terkejut kerana anak seorang pemandu boleh mendapat keputusan yang sama dengan anak seorang guru,,kenapa ye,,kejayaan seseorang itu terletak pada kekayaan dan pangkatkah?? cubelah kita renung-renungkan,,jangan memandang seseorang itu berdasarkan luaran dan pangkat sahaja,tetapi pandanglah daripada mata hati yang menimbulkan keinsafan akan kekuasaan Allah dan limpah nikmatNya kepada kepada kita,,,

Setelah keputusan upsr keluar,, mak dan ayahku menyarankan agar aku bersekolah di sekolah menengah agama,,aku ingat lagi,,bapa saudarak selalu menceritakan bahawa sekolah arab ni susah,, ada 2 aliran dan sebanyak 20 subjek perlu dipelajari!! Ya Allah,,bayangkan bagaimana penerimaan akal pertimbanganku seawal usia 12 tahun? tentu sahaja merasakan susah dan tidak boleh menguasainya,,