Seorang mukmin yang sejati dapat dikenal dari sifat-sifat yng terdapat dalam dirinya sebagai lambang manusia mukmin sejati. Tentang hal ini Yahya bin Muadz r.a. telah merumuskan lebih kurang tiga ratus tiga puluh sifat yang perlu ada pada manusia mukmin sejati. Diantara sifat yang paling penting ialah:
1. Hendaklah banyak malu.
2. Kurang gangguan.
3. Banyak melakukan kebaikkan.
4. Tidak melakukan kejahatan.
5. Jujur.
6. Kurang bercakap.
7. Sentiasa bekerja.
8. Kurang melakukan dosa.
9. Tidak berminat mendengar rahsia orang lain.
10. Suka pada kerja-kerja kebajikan.
11. Menghidupkan sillaturrahim.
12. Tenang.
13. Sabar.
14. Sentiasa bersyukur.
15. Sangat reda pada Allah walaupun rezekinya selalu disempitkan oleh Allah.
16. Kasih pada para sahabat.
17. Sopan santun.
18. Menjaga kehormatan diri.
19. Belas kasihan.
20. Tidak suka mengutuk orang lain.
21. Tidak suka memaki hamun.
22. Tidak suka mencela.
23. Tidak suka membuat fitnah.
24. Tidak mengumpat.
25. Tidak tergesa-gesa dalam pekerjaan.
26. Tidak mempunyai sifat dengki dan khianat.
27. Tidak ada sifat pendendam.
28. Tidak sombong dan bongkak.
29. Tidak suka bangga diri.
30. Tidak berlebihan dalam hal-hal dunia.
31. Tidak suka berangan.
32. Kurang tidur dan banyak beribadat.
33. Tidak mengharapkan pujian dari orang lain.
34. Tidak munafik.
35. Tidak kedekut atau bakhil.
36. Tidak suka mencari kesalahan orang lain.
37. Selalu suka dan benci kerana Allah.
38. Rela akan sesuatu perkara kerana Allah.
39. Selalu berbekal dengan taqwa.
40. Tujuan hidup hanya satu iaitu menuju akhirat.
41. Suka berzikir.
42. Kekasihnya hanya Allah.
43. Setiap usaha yang dilakukan adalah untuk akhirat.
Berapakah banyakkah bilangan sifat yang kita ada? Renung-renungkan wahai rakan-rakan,,,,
No comments:
Post a Comment