Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan. Dalam kitab Al-Barakah Fii Fadhli Lis Sa’yiwal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdulrahman Al Habsyi telah diterangkan perkara-perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang adalah seperti berikut:
1. Tidak sembahyang atau solat.
2. Bila hendak makan tidak membaca Basmallah.
3. Makan di atas pinggan yang terbalik.
4. Memakai kasut atau sandal memulakan kaki kiri.
5. Menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. Berwuduk ditempat membuang air besar dan kecil.
7. Suka bersandar pada pintu rumah.
8. Suka duduk di atas tangga.
9. Membiasakan diri membasuh tangan di atas pinggan setelah makan.
10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. Tidak membersihkan rumah.
12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. Suka tidur di atas muka.
15. Membakar kulit bawang.
16. Menjahit baju yang sedang di pakai.
17. Lap muka dengan baju.
18. Berdiri sambil mencekak pinggang.
19. Tidur tidak memakai baju.
20. Makan sebelum mandi junub.
21. Selepas solat subuh tergesa-gesa keluar dari masjid.
22. Matahari belum terbit sudah pergi ke pasar.
23. Berdoa yang tidak baik pada orang tua dan anak-anak.
24. Tidak menutup makanan yang dihidangkan.
25. Suka memadam api dengan hembusan nafas.
26. Membuang kutu di kepala dalam keadaan hidup.
27. Membasuh kaki dengan tangan kanan.
28. Suka kencing pada air yang mengalir.
29. Memakai seluar sambil bediri.
30. Memakai serban sambil duduk.
31. Mandi junub di tempat membuang air besar dan kecil.
32. Makan dengan menggunakan dua jari.
33. Berjalan di antara kambing.
34. Berjalan di antara dua perempuan (lelaki yang bukan muhrim).
35. Suka mempermainkan janggut.
36. Suka meletak-letak jari tangan pada bahagian lutut.
37. Meletakkan tapak tangan di hidung.
38. Suka menggigit kuku dengan mulut.
39. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
40.Menghadap kiblat ketika membuang air kecil dan besar.
41. Menguap ketika sembahyang atau solat.
42. Meludah pada tempat membuang air kecil dan besar.
No comments:
Post a Comment