Thursday, June 2, 2011

KATA-KATA YANG BOLEH DIJADIKAN PEDOMAN

Bismillahirahmanirrahim,,, Assalamualaikum,,, dalam kehidupan, banyak dugaan dan cubaan yang akan kita tempuhi,, jika ada sesuatu masalah yang saya hadapi saya akan terfikir, kita sebanarnya telah dilatih oleh Allah untuk menjadi seorang Hamba yang tabah,, kata-kata ini boleh dijadikan sebagai panduan :

•*¨*•.¸¸ﷲ.ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•. ¸¸ﷲ.ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸

˙•٠•●
Ya Rabb,
Berikan aku sebiji tamar 
Dari syurga-Mu
Bukan sebiji khuldi 
Yang menyingkirkan Adam
Daripada kasih sayangmu..
Aku selalu bertanya..cukupkah bekalan ini..
Untuk aku bawa ke negeri abadi??

˙•٠•●
Ya Rabb,
Dengan seluruh keampunan-Mu
Jangan dijawab pertanyaanku..
Kerana..aku ingin belajar menjadi insan 
Yang sentiasa takut dan bersedia
Bukan peramal dan pemuja
Hanya satu pintaku
Bukakan hijab doa-Mu
Untuk namaku…

•*¨*•.¸¸ﷲ.ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•. ¸¸ﷲ.ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸



Ingtlah rakan-rakan sekalian,,, saya ada satu pesanan buat anda semua:

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. 
Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. 
Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya. 
Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga
 


Setiap dugaan yang berlaku pasti ada hikmahnya,, saat kita ketawa jangan lupa ketika kita sedih,,, saat kita mengata tentang org lain, lihatlah diri kia yg serba kekurangan,,

No comments:

Post a Comment