❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤¸¸.•*¨*•❤
★ Nukilan dari hatiku..★
★ Nukilan dari hatiku..★
Bismillahirahmanirrahim,,,
Sesungguhnya kita dilahirkan di muka bumi ini untuk sujud kepadaNya,,namun adakah kita terfikir? Perkataan sujud itu semata-mata perbuatan fi’li sujud yang kita lakukan setiap kali solat ataupun ianya merupakan suatu amanah yang sangat besar buat kita sebagai muslim yang mukmin,,,
Tentu ianya bukan sahaja pada perbuatan sujud itu,,tetapi sujud kepada Allah itu adalah menta’ati perintahNya dan menjauhi laranganNya,,sajauh manakah janji kita kepada Allah,,,cuba kite renung kembali masa lalu kita,,adakah masa yang telah Allah beri pinjam kepada kita digunakan dengan sebaiknya,,walhal ketika itu kita tidak sedar ada kuasa besar yang sedang memerhati kita di atas sana,,
Rakan-rakan sekalian,,
Sebagai makhluk Allah yang diberi nama manusia, kita tidak akan lari dari kesilapan,,walaupun kita sudah belajar berpuluh-puluh tahun di muka bumi ini,,,setinggi manapun ilmu kita, namun kesilapan tidak akan jadi musuh kepada kita,,tetapi,,,perlukah kita membiarkan kesalahan itu selalu ada bersama kita? Ingatlah,,,sesungguhnya kita wajib berusaha supaya selalu muhasabah diri dan menyesali setiap kesalahan yang kita lakukan,,tidak kira samada kesalahan itu besar mahupun kecil,,,
Dugaan dan ujian juga tidak akan lekang pada diri kita,,tahukah kita rencana Allah adalah yang terbaik kepada hamba-hambaNya? Allah menurunkan ujian kepada kita supaya kita tidak lalai akan tanggungjawab kita sebagai hambaNya,,,jika kita sentiasa sihat mungkin kita akan lupa untuk mengucapkan Alhamdulillah kepadaNya,,lalu dengan cara apa Allah mahu menegur kita? Iaitu dengan cara Allah menurunkan sakit,,dengan itu baru kita sedar kita hanyalah seorang makhluk yang serba hina dan kerdil di muka bumi ini,,,,
Allah kurniakan kita kebijaksanaan akal fikiran kepada kita,,namun barangkali ada segelintir kita yang merungut,, “kenapa orang kafir boleh menjadi kaya sedangkan dia kafir, kita yang Islam ini tidak kaya2 pun” di sini saya mahu mengulas sedikit daripada apa yang saya tahu,, sesungguhnya orag kafir tidak akan menjalani kehidupan seharian mereka dengan cara islam,,,oleh itu,,mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan hasil dan sumber rezeki,,,tetapi bagaimana pula dengan orang Islam? Tentunya kita mengamalkan kehidupan yang berlandaskan Islam,,dan sumber rezeki kita terbatas atas garis panduan yang Islam teguhkan,kita tidak akan sewenang-wenangnya mencari rezeki dengan sumber yang haram dan seboleh-bolehnya kita menjauhkan diri daripada perkara tersebut,,,Nampak ya di sini,,walaupun kita tidak semewah orang-orang kafir, namun rezeki yang halal itu telah diberkati oleh Allah,,mudah-mudahan,,namun bagi mereka? Tentu saja sebaliknya bukan,,,
Oleh itu, ingatlah walaupun kehidupan kita susah,,seolah-olah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,,namun, jika Islam agama kita,, Iman sahabat sejati kita,, Taqwa teman ruhani kita,, Allah tidak akan teragak-agak untuk menurukan rahmat kepada kita,,malah kehidupan kita sentiasa diberkati olehNya,,,
Firman Allah dalam kitab suci Al-Qurannul Karim:
"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir." ( Yusuf, 12:87)
Waallahu’alam,,,,
~ "...kehidupan adalah sebuah perjalanan yang menuju ke suatu destinasi,,destinasi yang tiada penghujungnya,,walaupun sukar untukku kejar destinasi itu,,namun jika kudrat yang diberi ini tidak dipersiakan,,akan kujejaki jua destinasi itu degan redaNya..." ~
❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤¸¸.•*¨*•❤
No comments:
Post a Comment