Asalnya berpakaian kemas menutup aurat
Lalu difesyenkan supaya ketat
Sendat menampakkan pusat
Daripada elok berseterika menampakkan seri
Lalu dirobakkan supaya kelihatan di sana sini
Daripada seluar dalam yang tersembunyi
Kini dilihatkan kononnya menunjukkan identiti diri
Kalau dulu subang tempatnya hanya di telinga
Tetapi kini sudah menjalar di merata-rata
Bukan sekadar di hidung, di hujung lidah
Bahkan di kening mata
Kalau mencucuk mata memang menempah buta
Tidak cukup di situ sahaja
Pusat dan perut pula yang kena
Kalai si subang boleh berkata
Tentu dia pun pening dan geleng kepala
Sebab manusia sudah tidak guna akalnya
Muda mudi kini semakin bebas
Mereka semua sudah tidak tahu batas
Sengaja hendak mencari nahas
Hidup Cuma hendak mencari “puas”
Kita yang lihat sudah naik rimas
~ Sekadar Gambar Hiasan ~ |
Halal dan haram sudah tidak dipedulikan
Arak dan dadah menjadi hidangan
Rock dan Heavy Metal sebagai hiburan
Budaya rokok sudah menjadi kebiasaan
Seronok sakanlah geng-geng syaitan
Nyawa dan mahal tidak dihiraukan
Semuanya boleh menjadi taruhan
Tidak ubah seperti barang murahan
Merempit sana sini menjadi kegilaan
Kononya untuk mencari satu kemasyhuran
Mati katak bukanlah satu ketakutan
Nyawa sendiri pun tidak dinilaikan
Nyawa orang lain lagilah tidak diendahkan
Sudah tidak ingat ibu yang melahirkan
Sudah lupa bapa yang menghulurkan pengorbanan
Begitulah remaja zaman sekarang
Mana hilangnya budi pekerti dan budiman
Islam hanya pada nama dan sandaran
Ayuhla bangkit wahai muda dan mudi
Ingatlah syurga akhirat tempat yang hakiki
Janji Allah pada orang yang takutkan rugi
No comments:
Post a Comment