Ertinya: Dengan meyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. (1) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. (2) Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. (3) Yang Menguasai di hari Pembalasan. (4) Hanya Engkaulh yang kami sembah, dan Hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. (5) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (6) (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. (7)
Sabda Rasulullah S.W.T :
“ Barangsiapa membaca Surah Al-Fatihah, nescaya dikurniakan baginya pahala seperti pahala orang yang membaca tujuh kali Kitab Taurat, Injil, Quran, Suhuf Nabi Idris dan Nabi Ibrahim. Tiap-tiap satu huruf yang dibacanya itu dikurniakan kepadanya satu darjat di dalam syurga. Luas setiap darjat tersebut adalah jarak antara langit dan bumi.”
Kata saidina Ibnu Abbas R.A :
“ Setiap sesuatu mempunyai asas. Asas Al-quran adalah surah Al-Fatihah dan asas Al-Fatihah adalah basmallah,,,,,,,,,”
Tersebut di dalam Tafsiran Al-baidhawi m/s 12:
“ Diriwayatkan daripada Saidina Huzaifah bin Al-yamaani r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda; sesungguhnya suatu kaum yang akan diturunkan azab kepada mereka secara pasti, tiba-tiba terdapat seorang kanak-kanak dari kalangan mereka membaca الحمد لله رب العالمين Allah mendengar bacaan tersebut dan mengangkat azab mereka selama 40 tahun.
Wallahu’alam,,,,,
No comments:
Post a Comment