Wednesday, June 22, 2011

Siapakah??

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


   Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


   Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.   


Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.   


Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...   Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.   


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.  


 Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...  


 Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.. 

Wednesday, June 15, 2011

PERKARA YANG ADA KAITAN DENGAN KESUSAHAN

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan. Dalam kitab Al-Barakah Fii Fadhli Lis Sa’yiwal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdulrahman Al Habsyi telah diterangkan perkara-perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang adalah seperti berikut:

1.       Tidak  sembahyang atau solat.
2.      Bila hendak makan tidak membaca Basmallah.
3.      Makan di atas pinggan yang terbalik.
4.     Memakai kasut atau sandal memulakan kaki kiri.
5.      Menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6.     Berwuduk ditempat membuang air besar dan kecil.
7.      Suka bersandar pada pintu rumah.
8.      Suka duduk di atas tangga.
9.     Membiasakan diri membasuh tangan di atas pinggan setelah makan.
10.  Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11.     Tidak membersihkan rumah.
12.   Membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13.   Suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14.   Suka tidur di atas muka.
15.   Membakar kulit bawang.
16.   Menjahit baju yang sedang di pakai.
17.   Lap muka dengan baju.
18.   Berdiri sambil mencekak pinggang.
19.   Tidur tidak memakai baju.
20. Makan sebelum mandi junub.
21.   Selepas solat subuh tergesa-gesa keluar dari masjid.
22.  Matahari belum terbit sudah pergi ke pasar.
23.  Berdoa  yang tidak baik pada orang tua dan anak-anak.
24. Tidak menutup makanan yang dihidangkan.
25.  Suka memadam api dengan hembusan nafas.
26. Membuang kutu di kepala dalam keadaan hidup.
27.  Membasuh kaki dengan tangan kanan.
28.  Suka kencing pada air yang mengalir.
29. Memakai seluar sambil bediri.
30. Memakai serban sambil duduk.
31.   Mandi junub di tempat membuang air besar dan kecil.
32.  Makan dengan menggunakan dua jari.
33.  Berjalan di antara kambing.
34. Berjalan di antara dua perempuan (lelaki yang bukan muhrim).
35.  Suka mempermainkan janggut.
36. Suka meletak-letak jari tangan pada bahagian lutut.
37.  Meletakkan tapak tangan di hidung.
38.  Suka menggigit kuku dengan mulut.
39. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
40.Menghadap kiblat ketika membuang air kecil dan besar.
41.   Menguap ketika sembahyang atau solat.
42. Meludah pada tempat membuang air kecil dan besar.

MENGENAL MUKMIN YANG SEJATI

Seorang mukmin yang sejati dapat dikenal dari sifat-sifat yng terdapat dalam dirinya sebagai lambang manusia mukmin sejati. Tentang hal ini Yahya bin Muadz r.a. telah merumuskan lebih kurang tiga ratus tiga puluh sifat yang perlu ada pada manusia mukmin sejati. Diantara sifat yang paling penting ialah:

1.       Hendaklah banyak malu.
2.       Kurang gangguan.
3.       Banyak melakukan kebaikkan.
4.       Tidak melakukan kejahatan.
5.       Jujur.
6.       Kurang bercakap.
7.       Sentiasa bekerja.
8.       Kurang melakukan dosa.
9.       Tidak berminat mendengar rahsia orang lain.
10.   Suka pada kerja-kerja kebajikan.
11.   Menghidupkan sillaturrahim.
12.   Tenang.
13.   Sabar.
14.   Sentiasa bersyukur.
15.   Sangat reda pada Allah walaupun rezekinya selalu disempitkan oleh Allah.
16.   Kasih pada para sahabat.
17.   Sopan santun.
18.   Menjaga kehormatan diri.
19.   Belas kasihan.
20.   Tidak suka mengutuk orang lain.
21.   Tidak suka memaki hamun.
22.   Tidak suka mencela.
23.   Tidak suka membuat fitnah.
24.   Tidak mengumpat.
25.   Tidak tergesa-gesa dalam pekerjaan.
26.   Tidak mempunyai sifat dengki dan khianat.
27.   Tidak ada sifat pendendam.
28.   Tidak sombong dan bongkak.
29.   Tidak suka bangga diri.
30.   Tidak berlebihan dalam hal-hal dunia.
31.   Tidak suka berangan.
32.   Kurang tidur dan banyak beribadat.
33.   Tidak mengharapkan pujian dari orang lain.
34.   Tidak munafik.
35.   Tidak kedekut atau bakhil.
36.   Tidak suka mencari kesalahan orang lain.
37.   Selalu suka dan benci kerana Allah.
38.   Rela akan sesuatu perkara kerana Allah.
39.   Selalu berbekal dengan taqwa.
40.   Tujuan hidup hanya satu iaitu menuju akhirat.
41.   Suka berzikir.
42.   Kekasihnya hanya Allah.
43.   Setiap usaha yang dilakukan adalah untuk akhirat.

Berapakah banyakkah bilangan sifat yang kita ada? Renung-renungkan wahai rakan-rakan,,,,


Monday, June 13, 2011

Seringan-ringan Azab Di Neraka:

Dari Ibnu Abbas r.a katanya: Raulullah SAW bersabda:”Seringan-ringan azab penduduk neraka ialah azab yang dideritai oleh Abu Talib. Dia memakai sepasang terompah yang membuatkan otaknya menggelegak.” 

Huraian

1. Selama sembilan tahun selepas perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah SWT, Nabi Muhammad SAW telah menjalankan dakwah di kalangan kaumnya sendiri di sekitar kota Mekah. Segelintir manusia sahaja yang telah memeluk agama Islam manakala yang lainnya mencuba dengan sedaya upaya untuk mengganggu dan menghalang baginda.

2. ABU TALIB merupakan seorang yang baik budi pekertinya, jujur dan mempunyai kesabaran yang tidak ada bandingannya bila menemui atau menghadapi sesuatu kesulitan atau cabaran hidup. Beliaulah yang memelihara nabi setelah kematian datuknya Abdul Muttalib. Baginda selalu dilindungi oleh bapa saudaranya ini daripada ancaman musuh dakwah baginda. Namun begitu di saat akhir kematiannya, Abu Talib tidak memeluk agama Islam.

3. Dalam sebuah hadith riwayat Muslim dikatakan bahawa ketika Abu Talib, bapa saudara Rasulullah SAW dalam keadaan tenat, Rasulullah menghampirinya sedangkan ketika itu ada Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umayah, Rasulullah mengajak Abu Talib mengucapkan "laailaah illallaah", namun Abu Jahal dan Abdullah memujuknya agar tetap mengikuti agama Abdul Muttalib. Demikian seterusnya berlaku hingga Abu Talib meninggal dunia tidak dalam keadaan beriman, lalu Rasulullah bersabda "Demi Allah aku akan meminta ampunan daripada Allah (untuknya) selagi tidak dilarang, lalu turunlah ayat surah Taubah:113-114 yangmaksudnya "Tiadalah sepatutnya bagi Nabi Muhammad dan orang-orang yang beriman meminta ampun kepada Allah bagi orang-orang musyrik, walaupun mereka itu adalah kaum kerabatnya, setelah jelas bagi mereka, bahawa orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka Jahannam. Dan keampunan yang dipohon oleh Ibrahim untuk bapanya, tidak lain hanyalah kerana suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapanya. Tatkala jelas bagi Ibrahim bahawa bapanya itu adalah musuh Allah maka Ibrahim berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun.”

4. Mendo'akan orang kafir yang masih hidup hukumnya harus, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah ketika berhadapan dengan perlakuan buruk dari kaumnya yang musyrik, doa baginda:"Ya Allah tunjukkanlah kaumku kerana mereka tidak mengetahui" dan Rasulullah juga pernah berdoa agar Umar memeluk Islam hingga akhirnya dikabulkan oleh Allah. Namun begitu mendoakan orang kafir yang telah meninggal dan diketahui ia meninggal dalam keadaan kafir, hukumya haram seperti yang dijelaskan dalam ayat di atas.

Thursday, June 9, 2011

Astagfirullah


Asalnya berpakaian kemas menutup aurat
Lalu difesyenkan supaya ketat
Sendat menampakkan pusat

Daripada elok berseterika menampakkan seri
Lalu dirobakkan supaya kelihatan di sana sini
Daripada seluar dalam yang tersembunyi
Kini dilihatkan kononnya menunjukkan identiti diri

Kalau dulu subang tempatnya hanya di telinga
Tetapi kini sudah menjalar di merata-rata
Bukan sekadar di hidung, di hujung lidah
Bahkan di kening mata
Kalau mencucuk mata memang menempah buta
Tidak cukup di situ sahaja
Pusat dan perut pula yang kena
Kalai si subang boleh berkata
Tentu dia pun pening dan geleng kepala
Sebab manusia sudah tidak guna akalnya

Muda mudi kini semakin bebas
Mereka semua sudah tidak tahu batas
Sengaja hendak mencari nahas
Hidup Cuma hendak mencari “puas”
Kita yang lihat sudah naik rimas

~ Sekadar Gambar Hiasan ~


Halal dan haram sudah tidak dipedulikan
Arak dan dadah menjadi hidangan
Rock dan Heavy Metal sebagai hiburan
Budaya rokok sudah menjadi kebiasaan
Seronok sakanlah geng-geng syaitan
Nyawa dan mahal tidak dihiraukan
Semuanya boleh menjadi taruhan
Tidak ubah seperti barang murahan

Merempit sana sini menjadi kegilaan
Kononya untuk mencari satu kemasyhuran
Mati katak bukanlah satu ketakutan
Nyawa sendiri pun tidak dinilaikan
Nyawa orang lain lagilah tidak diendahkan
Sudah tidak ingat ibu yang melahirkan
Sudah lupa bapa yang menghulurkan pengorbanan

Begitulah remaja zaman sekarang
Mana hilangnya budi pekerti dan budiman
Islam hanya pada nama dan sandaran

Ayuhla bangkit wahai muda dan mudi
Ingatlah syurga akhirat tempat yang hakiki
Janji Allah pada orang yang takutkan rugi 

Nukilan Dari Saya

¸¸.•*¨*•¸¸.•*¨¸¸.•*¨*•¸¸.•*¨¸¸.•*¨*•¸¸.•*¨¸¸.•*¨*•

Nukilan dari hatiku..

Bismillahirahmanirrahim,,,
Sesungguhnya kita dilahirkan di muka bumi ini untuk sujud kepadaNya,,namun adakah kita terfikir? Perkataan sujud itu semata-mata perbuatan fi’li sujud yang kita lakukan setiap kali solat ataupun ianya merupakan suatu amanah yang sangat besar buat kita sebagai muslim yang mukmin,,,
Tentu ianya bukan sahaja pada perbuatan sujud itu,,tetapi sujud kepada Allah itu adalah menta’ati perintahNya dan menjauhi laranganNya,,sajauh manakah janji kita kepada Allah,,,cuba kite renung kembali masa lalu kita,,adakah masa yang telah Allah beri pinjam kepada kita digunakan dengan sebaiknya,,walhal ketika itu kita tidak sedar ada kuasa besar yang sedang memerhati kita di atas sana,,
Rakan-rakan sekalian,,
Sebagai makhluk Allah yang diberi nama manusia, kita tidak akan lari dari kesilapan,,walaupun kita sudah belajar berpuluh-puluh tahun di muka bumi ini,,,setinggi manapun ilmu kita, namun kesilapan tidak akan jadi musuh kepada kita,,tetapi,,,perlukah kita membiarkan kesalahan itu selalu ada bersama kita? Ingatlah,,,sesungguhnya kita wajib berusaha supaya selalu muhasabah diri dan menyesali setiap kesalahan yang kita lakukan,,tidak kira samada kesalahan itu besar mahupun kecil,,,
Dugaan dan ujian juga tidak akan lekang pada diri kita,,tahukah kita rencana Allah adalah yang terbaik kepada hamba-hambaNya? Allah menurunkan ujian kepada kita supaya kita tidak lalai akan tanggungjawab kita sebagai hambaNya,,,jika kita sentiasa sihat mungkin kita akan lupa untuk mengucapkan Alhamdulillah kepadaNya,,lalu dengan cara apa Allah mahu menegur kita? Iaitu dengan cara Allah menurunkan sakit,,dengan itu baru kita sedar kita hanyalah seorang makhluk yang serba hina dan kerdil di muka bumi ini,,,,
Allah kurniakan kita kebijaksanaan akal fikiran kepada kita,,namun barangkali ada segelintir kita  yang merungut,, “kenapa orang kafir boleh menjadi kaya sedangkan dia kafir, kita yang Islam ini tidak kaya2 pun” di sini saya mahu mengulas sedikit daripada apa yang saya tahu,, sesungguhnya orag kafir tidak akan menjalani kehidupan seharian mereka dengan cara islam,,,oleh itu,,mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan hasil dan sumber rezeki,,,tetapi bagaimana pula dengan orang Islam? Tentunya kita mengamalkan kehidupan yang berlandaskan Islam,,dan sumber rezeki kita terbatas atas garis panduan yang Islam teguhkan,kita tidak akan sewenang-wenangnya mencari rezeki dengan sumber yang haram dan seboleh-bolehnya kita menjauhkan diri daripada perkara tersebut,,,Nampak ya di sini,,walaupun kita tidak semewah orang-orang kafir, namun rezeki yang halal itu telah diberkati oleh Allah,,mudah-mudahan,,namun bagi mereka? Tentu saja sebaliknya bukan,,,
Oleh itu, ingatlah walaupun kehidupan kita susah,,seolah-olah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,,namun, jika Islam agama kita,, Iman sahabat sejati kita,, Taqwa teman ruhani kita,, Allah tidak akan teragak-agak untuk menurukan rahmat kepada kita,,malah kehidupan kita sentiasa diberkati olehNya,,,
Firman Allah dalam kitab suci Al-Qurannul Karim:
"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir." ( Yusuf, 12:87)


Waallahu’alam,,,,
~ "...kehidupan adalah sebuah perjalanan yang menuju ke suatu destinasi,,destinasi yang tiada penghujungnya,,walaupun sukar untukku kejar destinasi itu,,namun jika kudrat yang diberi ini tidak dipersiakan,,akan kujejaki jua destinasi itu degan redaNya..." ~
¸¸.•*¨*•¸¸.•*¨¸¸.•*¨*•¸¸.•*¨¸¸.•*¨*•¸¸.•*¨¸¸.•*¨*•

Tuesday, June 7, 2011

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah s.a.w., ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah s.a.w., "Ya Rasulullah, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah s.a.w. dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan Baginda s.a.w. pun berdoa kepada Allah s.w.t., kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah s.a.w. dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t. seperti babi hutan yang hitam." Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah s.w.t. yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
2.Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3.Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.

BILA ISLAM TIDAK DI TATANG

Sabda Nabi saw yang diriwayatkan oleh Iman al-Baihaqi: “Akan datang suatu masa nanti, dikala itu Islam hanya tinggal pada nama, Al-Quran hanya tinggal tulisan dan masjid dibina dengan amat bagus sekali, namun ia kosong dari petunjuk Allah s.w.t”.

Saudaraku,
Bila Islam tidak ditatang,
Islam hanya tinggal nama,
Al-Quran tinggal tulisan,
Masjid terukir indah tapi kosong.

Bila Islam tidak ditatang ,
Solat 5 waktu terabai,
Bagaimana dapat melahirkan generasi cemerlang,
Kegemilangan Islam kini tinggal lambaian, yang tinggal hanya sejarah.

Bila Islam tidak ditatang,
Kemungkaran bermaharajalela, maksiat berleluasa,
Anak-anak muda tidak segan silu bergandingan tangan,
Orang tua tidak malu melakukan dosa,
Mana tidaknya….
Sifat malu telah tercabut dari dadanya dari hatinya,
Sedangkan sabda Nabi Saw:
“Malu dan iman itu bergandingan, jika terangkat satu maka terangkatlah satu lagi”
Sebab apa lagi….
Sebab mereka terlupa kekuasaan tuhannya dan lupa firman Allah S.W.T.:
“….Jika engkau merasakan azabku amat ringan dan engkau mampu untuk
menghadapinya maka perbuatlah dosa sesuka hatimu”

Bila Islam tidak ditatang,
Generasi tua kian terpinggir,
Malah di hantar ke rumah harapan,
Maka berlambaklah bilangannya,
Li ma za..?
Sebab mereka tidak tahu bahawa keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa mereka,
Mereka tidak tahu yg berbakti pada kedua ibu bapa dapat menghapuskan
dosa sekaligus dapat mendekatkan diri pada yang Maha Pencipta serta mereka
jahil tentang keberkatan kaum ibu ini.

Bila Islam tidak ditatang,
Harta dunia dan wanita jadi cagaran,
Pemusuhan dan pengseketaan menghantui segenap pelusuk alam,
Kenapa?….. sebab mereka terlupa bahawa dunia ini adalah lading ke akhirat,
Sebab mereka ternyanyuk bahawa di dunia ini tempat Allah menguji setinggi
mana ketakwaan dan sekuat mana keimanan hambanya.
Mereka juga terlupa tujuan asal mereka diciptakan…
Seperti firman Allah…
“Tidak aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepadaku”

Bila Islam tidak ditatang,
Nafsu jadi ikutan,
Syaitan petunjuk jalan,
Sebab apa?
Sebab mereka buta….
Sebab mereka lupa firman Allah yang bermaksud :
“Syaitan itu adalah musuh kamu yang paling nyata” dan “nafsu itu sering mengajak ke arah kejahatan”

Bila Islam tidak ditatang,
Wajah menjadi keruh,
Hati menjadi hitam,
Fikiran menjadi serabut,
Hidup tidak tenteram,
Kerana apa…
Sebabnya asyik memikirkan kehendak nafsu dan dunia…harta dunia,
Sebab apa lagi ….sebab jauh dari rahmat Allah,
Jauh dari jalan kebenaran…jauh dari kasih sayang Illahi .

Bila Islam tidak ditatang,
Umatnya ramai, kekuatan kurang,
Di tindas orang dan musuh…
Seperti Sabda rasulullah saw:
“umat Islam akan di kerunyukkan oleh musuh bagaikan hidangan dalam dulang”
Para sahabat bertanya “Adakah umat Islam itu sedikit?”
Jawab Baginda,
“Bahkan mereka ramai tetapi mereka bagai buih di lautan”
Mereka bertanya lagi “Kenapa boleh jadi begitu”
“Meraka telah dihinggap penyakit cinta dunia dan takut mati”

Bila Islam tidak ditatang,
Tiadalah lelaki soleh,
Kuranglah perempuan solehah,
Para ulama terpinggir dan lenyap,
Perkara maksiat diagung-agungkan dan dipuji,
Perbuatan baik dikeji,
Dan apabila ini terjadi maka tunggulah saat kemusnahan dari Tuhanmu!!!!

Wallahualam..

Hasil nukilan insan yang mengharap keredhaan Allah.
Moga Allah menetapkan imanku dan merahmati hidupku, kedua ibubapaku, adik beradikku, keluargaku, sahabatku dan seluruh umat Islam di dunia ini. Amin ya Allah.

Ilmu itu pembuka segala amal dan syaitan itu musuh kamu yg paling nyata!!