Seorang muslim digalakkan sentiasa membaca al-quran. Selain itu juga, manusia yang bergelar islam digalakkan untuk melakukan amalan-amalan sunat yang berkaitan dengan ibadah solat. Saya ingin berkongsi disini, tentang satu maklumat yang amat menarik dan berguna ; sesungguhnya solat itu ada rahsianya yang tersendiri.
Dalam surah Al Ankabut ayat 45 berbunyi:
إن الصلاة تنهى عن الفحشاء و المنكر
Sesungguhnya solat itu boleh mencegah(seseorang) daripada perbuatan keji (buruk) dan mungkar.
Berdasarkan ayat ini, Kajian sains telah membuktikan kebenaran ayat tersebut. Mengikut kajian yang telah dibuat ke atas otak manusia; di mana otak bahagian hadapan berhampiran dengan dahi, dikenalpasti adalah otak yang paling aktif merangsang manusia untuk bertindak melakukan perbuatan yang jahat dan maksiat. Anggota dahi pada bahagian ini adalah anggota sujud di dalam sembahyang!. SubhanAllah!.
Di dalam solat kita diwajibkan bersujud dengan meletakan dahi di tempat sujud iaitu di lantai. Perbuatan ini member perhatian bahawa anggota yang penting ini perlu dilatih dan didik sepanjang waktu supaya tunduk dan patuh kepada penciptanya iaitu Allah. Perbuatan ini sangat perlu dilakukan di waktu seseorang hamba telah bersedia mendekatkan dirinya kepada Tuhannya.
Kesimpulannya seseorang yang tidak meningalkan sembahyang mampu menjadi seorang yang baik dan berakhlak mulia seperti mana yang dijelaskan oleh Allah di dalam Surah Al Ankabut ayat 45 di atas.
No comments:
Post a Comment