Friday, April 29, 2011

Rahsia Solat Lima Waktu~~~

Seorang muslim digalakkan sentiasa membaca al-quran. Selain itu juga, manusia yang bergelar islam digalakkan untuk melakukan amalan-amalan sunat yang berkaitan dengan ibadah solat. Saya ingin berkongsi disini, tentang satu maklumat yang amat menarik dan berguna ; sesungguhnya solat itu ada rahsianya yang tersendiri.

Dalam surah Al Ankabut ayat 45 berbunyi:
إن الصلاة تنهى عن الفحشاء و المنكر
Sesungguhnya solat itu boleh mencegah(seseorang) daripada perbuatan keji (buruk) dan mungkar.

Berdasarkan ayat ini, Kajian sains telah membuktikan kebenaran ayat tersebut. Mengikut kajian yang telah dibuat ke atas otak manusia; di mana otak bahagian hadapan berhampiran dengan dahi, dikenalpasti adalah otak yang paling aktif merangsang manusia untuk bertindak melakukan perbuatan yang jahat dan maksiat. Anggota dahi pada bahagian ini adalah anggota sujud di dalam sembahyang!. SubhanAllah!.

Di dalam solat kita diwajibkan bersujud dengan meletakan dahi di tempat sujud iaitu di lantai. Perbuatan ini member perhatian bahawa anggota yang penting ini perlu dilatih dan didik sepanjang waktu supaya tunduk dan patuh kepada penciptanya iaitu Allah. Perbuatan ini sangat perlu dilakukan di waktu seseorang hamba telah bersedia mendekatkan dirinya kepada Tuhannya.

Kesimpulannya seseorang yang tidak meningalkan sembahyang mampu menjadi seorang yang baik dan berakhlak mulia seperti mana yang dijelaskan oleh Allah di dalam Surah Al Ankabut ayat 45 di atas.

Kasih Ibu~~ Sayang Ayah

Bismillahirrahmanirrahim,,,,,,
Sejak aku mula mengenal dunia, antara perkara yang aku peroleh adalah kasih sayang,,,,, kasih daripada ibubapaku… Allah menganugerahkan kepadaku ibu dan ayah yang sangat baik dan mengambil berat tentang anak-anaknya….

Kemudian, bermulalah zaman persekolahanku,,, aku mula mengira 1,2,3 sejak berumur 4 tahun… mula pandai membaca sejak berumur 6 tahun,,,, semua itu hasil daripada kasih sayang,,,kasih sayang seorang ibu kepada anaknya,,,,masih segar dalam ingatanku,,, setiap petang, ibu akan menyuruh aku mengeja surat khabar! Macam orang dewasa bukan? Walaupun ketika itu umur aku baru 5 tahun,,, ibu juga rajin membuat jam palsu daripada kertas dan meneka aku dengan menggerakkan jarum jam palsu tersebut…jika ada yang salah, ibu akan mengulang meneka aku sehinggalah aku mahir,,,bukan sehari dua, malah setiap hari,,melainkan ada kekangan masa… Subhanallah,,,aku sangat bersyukur kerana berada dalam keluarga seperti ini,,,,,

Masih aku ingat, jika aku pergi ke pasar bersama ibu dan ayah, gelagatku berbeza berbanding kanak-kanak yang lain,,, secara kebiasaannya, budak kecil yang berusia 5 tahun, pasti akan merengek pada ibubanya kerana mahu permainan dan makanan ringan,,, tetapi aku? Aku tidak akan berganjak daripada kedai buku selagi ayah tidak membelikan aku sebuah buku,,, barangkali kesan daripada didikkan ibu kepadaku, aku lebih sukakan buku berbanding permainan,,,Subhanallah,,,

Dengan harapan yang tinggi ibu dan ayahku memasukkan aku ke sekolah rendah,,,disitu aku mula mengenal erti kesusahan,,, mula berfikiran matang,,ayah penat mencari rezeki,,hanya berbekalkan lesen pemandu, ayah berusaha mencari sesuap nasi untuk keluarganya…berusaha mencari identity keluarga,,,, bertungkus lumus mencari wang untuk aku dan adik-adik ku kesekolah,,,masih ku ingat lagi,,ayah sanggup menahan lapar, tidak makan di luar,,kerana kos makanan di luar sangat tinggi…lebih-lebih lagi di Johor Bharu dan Kuala Lumpur,,, Ayah bekerja sebagai pemandu bas, ulang-alik dari Johor Bharu ke Kuala Lumpur,,, ayah hanya makan apabila pulang kerumah,,,Ya Allah,,,betapa besarnya pengorbanan seorang ayah,,, walaupun segunung emas kuberikan kepada ayah, namun masih tak dapat menandingi jasanya,,,

“ Ya Allah Ya Tuhanku,,, Ampunilah dosa hambaMu yamg lemah ini,,, Ampunilah dosa kedua ibubapaku,,sebagaimana mereka mengasuhku semenjak kecil,,, Andai mereka kembali kepadaMu,,tempatkanlah mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman,,,Amin Ya Rabbal Alamin Ya Allah,,,,Ya Rahman,,Ya Rahim…”

Apakah tanggungjawabku sebagai seorang anak? Tentunya mendoakan,,dan berusaha menjadi yang terbaik,,,untuk memajukan institusi keluarga ku,,Ya! Itu azamku semenjak aku mula mengenal perit ibu ayahku mendidik dan membesarkan aku dan adik-adik,,,oleh kerana itu, aku selalu berdoa,,supaya memperoleh natijah yang baik dalam aku menuntut ilmu,,, walaupun aku dalam keluarga yang sederhana, namun ia tidak dapat menghalangku untuk Berjaya!

Pedulikkan apa yang orang katakan,, walaupun hanya anak seorang pemandu, aku juga boleh duduk sebaris dengan anak cikgu,, berdiri tegak bersama dengan anak doctor,, dan duduk semeja dengan anak menteri!,,, mungkin bukan? Semua itu tidak mustahil,,,, perjuangan ini tidak akan pernah berakhir,,sehinggalah ke nafas ku yang terakhir,,itu janjiku kepada diriku,,, hanya kejayaan dalam pelajaran yang mampu aku ukirkan senyuman dibibir ibu dan ayahku,,, menangis gembira! Pengalaman mengajar aku erti ketabahan,,,dalam menempuh dugaan,,,, semoga perjuanganku ini disertai dengan reda Allah…..

“ Ya Rabbi,,, bimbinglah aku ke jalan yang benar,,,dan janganlah Kau palingkan hatiku ini,,,berilah aku kekuatan,,dalam aku meneruskan perjuangan di bumi yang penuh ilmu dan barakah ini,,,,,kasihanilah Aku Ya Allah,,, Berikanlah keberkatan dan KeredaanMu kepadaKu,,sesungguhnya,aku hambaMu yang lemah lagi dhaif,,,,”

Think 1st b4 speaking to ur wife,,,,,,,,,,@#$%.............................????


* Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang
berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya
kepada suami beberapa soalan.

* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?
* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana,
anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang
pun adalah orang yang sediakan.

* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia
duduk rumah kita.
* Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong
macam tu saja?

* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
* Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas
untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org
lain pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli
sebulan.

* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?
* Suami : Takkan itu abang n bagi kakak & adik awak. Jadi, drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.

* Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?
* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal...

* Isteri: @#$%????!!!!!
* Suami: (Dalam hati)Alamak!!
 so, kesimpulannyer,,,,jangan sesekali berlaku curang kepada orang yang anda sayangi,,terutamanya isteri anda....k,,selamat menjadi orang yg setia,,(^^)